$9.50
Buku ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 8-12 tahun.
Cerita rakyat merupakan salah satu cabang sastera tradisi yang perlu dihayati oleh kanak-kanak. Melalui cerita-cerita rakyat, kanak-kanak berpeluang mendekati masyarakat silam serta menyingkap latar belakang kehidupan, kepercayaan dan kebudayaan nenek moyang mereka. Kanak-kanak bukan sahaja memperoleh pengetahuan dan hiburan, malahan dapat memperkayakan kehidupan mereka dengan nilai-nilai kemanusiaan sejagat yang diselitkan dalam sebahagian besar cerita rakyat. Siput Sandara memuatkan 12 buah cerita rakyat dari Kepulauan Maldives yang kesemuanya telah diceritakan semula dengan gaya yang lebih mudah dan menarik, sesuai untuk sasaran pembaca kanak-kanak.
Penulis: Nazel Hashim Mohamad
Muka Surat: 56
Tahun Terbit: 2019
$8.50
$8.00
Reviews
There are no reviews yet.