$15.00Original price was: $15.00.$12.50Current price is: $12.50.
Mari terokai sistem tubuh badan manusia yang unik dan menarik. Pelajari sistem tubuh badan yang membuatkan kita mampu bergerak melakukan pelbagai aktiviti harian. Bermula daripada rahsia menjadikan akar rambut sihat hingga rahsia organ terbesar dalam tubuh badan manusia dijelaskan dalam buku ini.
Antara topik menarik dalam buku ini adalah:
- Mengapa kita mempunyai tulang?
- Apakah kepentingan mengamalkan pemakanan yang sihat?
- Bagaimanakah tubuh badan kita memahami dunia melalui deria penglihatan, pendengaran, bau, rasa, dan sentuhan?
Siri Komik Sains Informatif mengandungi informasi dunia sains yang pelbagai dan menarik seperti dunia burung, serangga, hidupan laut, serta tumbuh-tumbuhan dan kulat.
Cerita rakyat, legenda dan mitos adalah beberapa cabang sastera tradisi yang perlu diketahui an dihayati oleh kanak-kanak melalui pencaritaan semula yang lebih mudah untuk mereka fahami.
Selain daripada memperolehi hiburan, dan pengajaran , beberapa bentuk sastera terdisi ini juga merupakan jalan yang paling dekat bagi kanak-kanak mendekai masyarakat silam, nilai-nilai dan kebudayaan meraka.
Muka surat: 101
Tarikh Terbit: 2019
Buku ini merupakan himpunan puisi yang berkisar tentang kasih sayang, pendidikan dan persahabatan. Bahasa yang digunakan dalam menyampaikan puisi-puisi tersebut jelas dan ringkas, sesuai dengan kanak-kanak. Pendekatan penulisan puisi moden dengan memasukkan elemen tradisional seperti pantun amat menarik dan menimbulkan keseronokan dalam kalangann pembaca. Ilustrasi yang terdapat dalam buku ini juga dapat membantu meningkatkan pemahaman dan pengetahuan kanak-kanak. Puisi-puisi yang terdapat dalam buku ini sesuai untuk dijadikan bahan bacaan tambahan serta aktiviti membaca bersama-sama dengan ibu bapa bagi mengeratkan kasih sayang seisi keluarga.
Mukasurat: 50
Uzma, seorang murid yang pintar, aktif, dan berbakat dalam penulisan. Namun, dia sering diejek oleh rakan sekelas hanya kerana dia anak penjual ikan air tawar. Namun, itu semua tidak melemahkan semangatnya.
Mukasurat: 50
Cinta Ziryab mendalam sekali. Cintanya terhadap kegemilangan Melayu dalam dunia fesyen dan busana. Makna dan falsafah Melayu tercermin pada kurungnya yang cermat dikenakan. Dia menggali semula ketakjuban dalam kesenian. Katanya, 'sains itu hanyalah proses sedang seni itu hasilnya'. Dia mempunyai seekor kucing, Manikam Kalbu, dan kucing montel itu penghubung cinta dua zaman. Dunia remaja yang bergelombang. Sebuah novel humor dua zaman yang langka dalam kesusasteraan Melayu.
“ Gabungan antara tema, plot, watak dan perwatakan, latar dan
bahasa menjadikan Manikam Kalbu sebuah novel remaja yang
kuat dan menarik. Novel ini dihasilkan berdasarkan pembacaan
dan kajian yang mendalam. ”
Mukasurat: 264
Anak Ikan Baduk hendak belajar berdikari. Ibunya membawa Anak Ikan Baduk mencari makanan di kawasan yang jauh dari rumah mereka. Sebelum melepaskan Anak Ikan Badut mencari makanan sendiri, ibunya memberi amaran agar berhati-hati dengan "hadiah yang jatuh dari langit". Apakah hadiah yang dimaksudkan oleh ibunya itu?
Muka surat: 72