Disebabkan sebiji bola merah, Anan telah dibawa oleh dua makhluk asing ke planet Zehra. Anan diminta untuk makhluk asing untuk melengkapkan suatu perkara. Bolehkah Anan melengkapkan permintatan makhluk asing? Apakah pencabaran yang akan ditumui oleh Anan di planet Zehra..?
Pengembaraan Anan di planet asing penuh dengan peristiwa yang mencemaskan, mendebarkan dan menyedihkan namun kadangkala melucukan.
Mukasurat: 190
Kisah pengembaraan Mirjeev, Kevin, Theepan, Nizam dan Mason yang menemui sebiji batu yang boleh bertukar bentuk menjadi bola kristal berwarna-warni, dinamakan Glob.
Lima sekawan itu bersama-sama Glob ambu menyelamatkan planet dan galaksi daripada dimusnahkan oleh Orahi.
Siapakah Orahi? Bagaimanakah lima sekawan menentang Orahi dan apakah yang akan terjadi seterusnya...?
No. ISBN/ISSN: 9789834931414
Mukasurat: 156
Tarikh Terbit: Mei 2021
Kisah pengembaraan penuh fantasi bersama-sama dengan Hana, Irfan, Farah dan Raif bermula apabila mereka menolong seorang tua yang terlepas seekor ayam jantan semasa Pameran MAHA. Seterusnya mengheret mereka mengembara ke negeri Cempaka Sari. Menemukan mereka dengan Pak Kaduk, Mat Siti, Raja Indera Sari dan Adika yang kadangkala memberikan mimpi ngeri buat mereka. Mereka turut menyaksikan lagaan penuh tragis antara Si Kunani dengan Si Jalak dengan mempertaruhkan kampung sebagai gadaian kepada raja. Namun, mereka cuba menghalangnya agar kampung yang dipertaruhkan tidak tergadai.
Mukasurat: 141
Rambai seorang OKU (Orang Urang Upaya). Dia tidak upaya ke sekolah sebab basikanya rosak. Bapanya tidak berkesempatan dan tidak mempunyai wang untuk membaiki basikal itu. Peperiksaan semakin hampir, Rambai kian rirau. Bagaimanakah Rambai menerang pelbagai kesushanya...?
Ini adalah sebuah cerita yang menarik dan memberikan motivasi yang tinggi kepada pmbaca.
Tahun Terbit: 2021
Mukasurat: 136
Iral, anak seorang nelayan tinggal bersama-sama ibu dan bapanya. Dia membantu ayahnya memelihara empat ekor sapi mandangan. Kampungnya menjadi kecoh dengan berita tentang serangan buaya hitam yang dikenali sebagai Balintang terhadap sapi ternakan orang-orang kampung. Iral menjadi terlalu risau akan nasib sapi mandangannya sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi. Dikhabarkan juga ada seekor buaya putih, Apuk Daguan menjaga kawasan sekitar pantai dan membantu para nelayan daripada ancaman Balintang. Apakah nasib sapi-sapi mandangan Iral? Bagaimanakah pula kehidupan orang-orang kampung Iral selepas kehadiran Apuk Daguan
Mukasurat: 125
Tahun Terbit: 2018
Profesor Zul, ayah Aslam telah dipersalahkan dalam hal bencana satelit 1000. Oleh sebab kesalahan ayahnya, Aslam sering debuli kawan-kawan di sekolah.
Kehilangan Profesor Zul, melemahkan semagant Aslam. Tiba-tiba Aslam menemui mesej yang asing. Siapa itu mesej Aslam? Bolehkah Aslam dapat mencari ayahnya?
Mukasurat: 136
Tahun Terbit: 2021
Antologi syair kanak-kanak init mengandungi 50 syair yang mengetangahkan tema dan nilai-nilai murni kepada kanak-kanak seperti berbudi pekerti, amalan kebersihan dan kepentingan ilmu.
Selain itu, antologi syair ini memberi pendedahan awal kepda kanak-kanak mengenai sastera tredisional. Buku yang dilengkapi ilustrasi ini sesuai untuk bacaan kanak-kanak berumur 10 hingga 12 tahun.
Mukasurat: 50
Cinta Ziryab mendalam sekali. Cintanya terhadap kegemilangan Melayu dalam dunia fesyen dan busana. Makna dan falsafah Melayu tercermin pada kurungnya yang cermat dikenakan. Dia menggali semula ketakjuban dalam kesenian. Katanya, 'sains itu hanyalah proses sedang seni itu hasilnya'. Dia mempunyai seekor kucing, Manikam Kalbu, dan kucing montel itu penghubung cinta dua zaman. Dunia remaja yang bergelombang. Sebuah novel humor dua zaman yang langka dalam kesusasteraan Melayu.
“ Gabungan antara tema, plot, watak dan perwatakan, latar dan
bahasa menjadikan Manikam Kalbu sebuah novel remaja yang
kuat dan menarik. Novel ini dihasilkan berdasarkan pembacaan
dan kajian yang mendalam. ”
Mukasurat: 264