Orra terjatuh dari tebing tinggi ketika sedang mendaki bersama-sama keluarganya untuk sampai ke Gunung Gong. Pelbagai halangan ditemui ketika Orra berusaha mendaki semula gunung tersebut. Apakah yang ditempuhi Orra? Berjayakah Orra menemui semula keluarganya?
Mukasurat: 32
Tahun Terbit: 2021
Sang Kura-kura membantu Sang Tupai yang kelaparan. Sang Kura-kura membawa Sang Tupai ke sebuah kebun kelapa. Namun Sang Tupai mungkir janji untuk memberikan kelapa kepada Sang Kura-kura. Sang Kura-kura berasa sungguh sedih. Akibat kecuaian dan ketamakanya, Sang Tupai ditimpa kemalangan. Sang Tupai cuba meminta tolong daripada Sang Kura-kura.
Mukasurat: 32
Tahun Terbit: 2021
Sesuai untuk kanak-kanak 8 - 12 tahun.
Buku bersiri yang wajib dimiliki oleh kanak-kanak demi merangsang minat untuk mengembara dan meneroka dunia flora dan fauna. Ikuti perjalanan Geng Empat Sekawan yang membawa pembaca menjelajah khazanah alam semula jadi di taman-taman hidupan liar yang terkenal di seluruh dunia. Siri buku yang padat dengan maklumat ini dapat membuka minda dan memupuk perasaan ingin tahu kanak-kanak bagi meneroka alam semula jadi.
Keistimewaan buku ini:
1. Memberi kefahaman dan memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat berhubung kepentingan memulihara hidupan liar.
2. Merangsang minat membaca anak-anak melalui ilustrasi dan grafik yang menarik dan berwarna-warni.
3. Sesuai dijadikan bahan bacaan tambahan bagi mewujudkan interaksi antara ibu bapa dengan anak-anak secara santai.
Mukasurat: 32
Tahun Terbit: 2022
Untuk kanak-kanak 5-8 tahun.
Apai dilarang oleh ibu bapanya keluar bermain seperti anak tupai yang lain. Akibat tidak mendengar nasihat ibu bapanya, Apai hampir dimakan oleh ular. Sejak itu, Apai menjadi seekor anak tuapi yang baik dan mendengar kata. Menagapakah ibu bapa Apai tidak membenarkan Apai keluar dan bermain bersama-sama denagan kawan-kawan? Semuanya terjawab dalam Sayangku Apai.
Mukasurat: 32
Tahun Terbit: 2018
Untuk kanak-kanak 5-8 tahun.
Kemarau menyebabkan tumbuh-tumbuhan banyak yang mati. Kesian sungguh Bubu kerana kelaparan. Kubis, Kangkong, Lobak dan Kailan tidak membernarkan Bubu makan daun-daun. Mujur ada Sawi yang baik hati.
Mukasurat: 32
Tahun Terbit: 2021
Untuk kanak-kanak 5 - 10
Kemunculan ikan terubuk yang begitu banyak di suatu lubuk sangat menggembirakan penduduk kampung. Mereka bagaikan berpesta. Namun, akibat tamak dan suka membazir, ikan-ikan terubuk itu semakin berkurangan dan akhirnya tidak muncul lagi.
Mukasurat: 32
Tahun Terbit: 2021
Sebiji telur ayam menetas di pinggir hutan. Anak ayam yang kehilangan ibu ini berusaha mencari ibunya. Sepanjang pencariannya, anak ayam bertemu pelbagai haiwan yang disangka sebagai ibunya. Berjayakah anak ayam bertemu ibunya?
Mukasurat: 32
Tarikh Terbit: 2020
Keluarga Gabah berpindah ke Desa Tasik Biru. Mereka disambat oleh jiran-jiran, ramai yang datang menelong mengangkat barang-barang dan sebagainya. Keluarga Gabah sungguh gembira. Akan tetapi tiba-tiba Gabah menangis. Dia kehilangan sesuatu....
Apa yang terjadi?
Muka surat: 26
Bagaimanakah bunyi kucing, ayam, lembu, itik dan kambing? Mari bersama-sama Fifi belajarbunyi haiwan-haiwan yang ada di rumah atuknya.
Muka surat: 18
Tahun terbit: 2021
Si Mencit masuk ke dalam sebuah bilik. Bilik itu penuh dengan kertas. Kertas-kertas itu tersusun kemas. Ada pelbagai warna, pelbagai bentuk dan ukuran. Sedapnya bau kertas itu.
Ikuti kisah Si Mencit, seekor tikus comel yang ingin belajar menbaca.
Muka surat: 36
"Mari Membaca” ialah suatu majalah yang boleh membentuk daya kreatif yang tinggi dan kemahiran berfikir di kalangan pelajar.
"Mari Membaca" Tahanp 1 untuk darjah 1 hingga darjah 3, ia ada 16 naskha majalah setahun, agak-agaknya 2 naskha sebulan akan dihantar ke alamat rumah.
Muka surat: 16 senaskha
$15.00Original price was: $15.00.$12.50Current price is: $12.50.
Mari terokai dunia burung yang unik dan menarik di dunia. Kenali tabiat burung yang mudah ditemui hinggalah spesies burung eksotik yang sukar ditemui menerusi buku ini.
Antara topik menarik dalam buku ini adalah:
- Apakah ayam yang paling berharga di dunia?
- Bagaimana Burung Enggang Membuat Sarang?
- Apakah yang Menyebabkan Burung Sekendi Berwarna Merah?
- Menyelam Bersama Penguin
- Meluncur Bersama Albatros
Siri Komik Sains Informatif mengandungi informasi dunia sains yang pelbagai dan menarik seperti dunia hidupan laut, serangga, tubuh badan manusia, serta tumbuh-tumbuhan dan kulat.
$15.00Original price was: $15.00.$12.50Current price is: $12.50.
Mari terokai dunia hidupan laut yang unik dan menarik. Kenali lebih daripada 20 spesies hidupan laut yang menghuni lautan di dunia. Daripada rumput laut hinggalah kepada hidupan laut yang terbesar di dunia dijelaskan dalam buku.
Antara topik menarik dalam buku ini adalah:
- Apakah kisah legenda ikan duyung?
- Apakah bintang yang popular di dasar laut?
- Mengapakah ikan buntal mengembang dan menguncup?
- Apakah keistimewaan ikan tuna sirip biru?
- Apakah unicorn yang hidup di dasar laut?
Siri Komik Berinformatif mengandungi informasi dunia sains yang pelbagai dan menarik seperti dunia burung, serangga, tubuh badan manusia, serta tumbuh-tumbuhan dan kulat.
$15.00Original price was: $15.00.$12.50Current price is: $12.50.
Mari terokai dunia serangga yang unik dan menarik. Kenali lebih daripada 20 spesies serangga yang mendominasi dunia haiwan. Walaupun sering dianggap sebagai makhluk perosak, namun terdapat simbiosis antara serangga dengan hidupan lain.
Antara topik menarik dalam buku ini adalah:
- Serangga manakah yang tidak menyerupai ibu bapanya?
- Apakah saling kaitan belalang treehopper dengan semut?
- Ketahui kehebatan sang lebah
- Kupu-kupu monarch, si penerbang terhandal
- Penyamaran belalang orkid
Siri Komik Sains Informatif mengandungi informasi dunia sains yang pelbagai dan menarik seperti dunia burung, hidupan laut, tubuh badan manusia, serta tumbuh-tumbuhan dan kulat.
$15.00Original price was: $15.00.$12.50Current price is: $12.50.
Mari terokai dunia tumbuh-tumbuhan dan kulat yang unik dan menarik. Tumbuhan dan kulat yang terdapat di sekeliling saling berkaitan dengan manusia. Daripada pokok baobab Afrika hingga trufel yang berbau harum, mari mengembara ke dunia tumbuh-tumbuhan dan kulat.
Antara topik menarik dalam buku ini adalah:
- Bagaimanakah tumbuhan dan kulat memperoleh nutrien?
- Mengapakah sesetengah tumbuhan melakukan penyamaran?
- Apakah manfaat terbesar tumbuhan kepada manusia?
Siri Komik Sains Informatif mengandungi informasi dunia sains yang pelbagai dan menarik seperti dunia burung, serangga, hidupan laut, serta tubuh badan manusia.
$15.00Original price was: $15.00.$12.50Current price is: $12.50.
Mari terokai sistem tubuh badan manusia yang unik dan menarik. Pelajari sistem tubuh badan yang membuatkan kita mampu bergerak melakukan pelbagai aktiviti harian. Bermula daripada rahsia menjadikan akar rambut sihat hingga rahsia organ terbesar dalam tubuh badan manusia dijelaskan dalam buku ini.
Antara topik menarik dalam buku ini adalah:
- Mengapa kita mempunyai tulang?
- Apakah kepentingan mengamalkan pemakanan yang sihat?
- Bagaimanakah tubuh badan kita memahami dunia melalui deria penglihatan, pendengaran, bau, rasa, dan sentuhan?
Siri Komik Sains Informatif mengandungi informasi dunia sains yang pelbagai dan menarik seperti dunia burung, serangga, hidupan laut, serta tumbuh-tumbuhan dan kulat.
Cerita rakyat, legenda dan mitos adalah beberapa cabang sastera tradisi yang perlu diketahui an dihayati oleh kanak-kanak melalui pencaritaan semula yang lebih mudah untuk mereka fahami.
Selain daripada memperolehi hiburan, dan pengajaran , beberapa bentuk sastera terdisi ini juga merupakan jalan yang paling dekat bagi kanak-kanak mendekai masyarakat silam, nilai-nilai dan kebudayaan meraka.
Muka surat: 101
Tarikh Terbit: 2019
Buku ini merupakan himpunan puisi yang berkisar tentang kasih sayang, pendidikan dan persahabatan. Bahasa yang digunakan dalam menyampaikan puisi-puisi tersebut jelas dan ringkas, sesuai dengan kanak-kanak. Pendekatan penulisan puisi moden dengan memasukkan elemen tradisional seperti pantun amat menarik dan menimbulkan keseronokan dalam kalangann pembaca. Ilustrasi yang terdapat dalam buku ini juga dapat membantu meningkatkan pemahaman dan pengetahuan kanak-kanak. Puisi-puisi yang terdapat dalam buku ini sesuai untuk dijadikan bahan bacaan tambahan serta aktiviti membaca bersama-sama dengan ibu bapa bagi mengeratkan kasih sayang seisi keluarga.
Mukasurat: 50